Monday, November 29, 2010

Khasiat Tempe

 Hmm... alang2 keluar cerita pasal si penjual tempe, apa salahnya kita kawteam plak ngan khasiat2 yang ada pada si 'tempe' nih. Makanan ini dikatakan berkait rapat dengan makanan tradisi masyarakat Jawa. Oleh itu, bagi sesiapa yang berketurunan Jawa alangkah ruginya jika tidak tahu mengenai makanan istimewa ini.

Tempe diperbuat dari adunan kacang soya yang diketahui khasiatnya yang pelbagai. Ia dibungkus dengan daun lebar seperti daun rambai dan ada juga dengan daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas surat khabar serta diikat dengan getah pembalut. Tempe boleh didapati di kebanyakan pasar dan kedai runcit tidak kira dalam bungkusan tradisinya mahupun hanya dibungkus dengan plastik sahaja.


Apa yang saya ingin paparkan mengenai kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang terdapat dalam makanan tradisi ini. Apakah itu probiotik? Ia adalah bakteria yang membantu dalam pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh badan kita. Dr. Bernard Jensen, merupakan seorang pakar dalam bidang terapeutik probiotik merumuskan fungsi probiotik dalam tubuh kita:
1. Membantu pergerakan usus
2. Membantu penambahbaikkan sistem imun
3. Membantu pembentukan vitamin
4. Membantu penyahaktifan agen barah
5. Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6. Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)
Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Amalan permakanan yang tidak teratur
3. Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4. Tekanan mental
5. Persekitaran yang tercemar.
Berbalik kepada ‘tempe’ tadi, ia mengandungi bakteria asid laktik (strain TH10) yang mampu melawan bacteria berbahaya MRSA (methilcillin resistance staphylococeus). Oleh itu, apa kata anda? Adakah tempe akan menggantikan makanan segera seperti pizza, kentang goreng dan burger dalam kehidupan anda.

Kisah si penjual Tempe

Tempe
Salam perkongsian untuk semua pengungjung blog ini, semoga sihat walafiat berada di dalam lindunganNYA.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya ALLAH , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin”
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya ALLAH, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Disepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa berdoa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya ALLAH, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. “Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya ALLAH, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH…
Apa yang kita boleh rumuskan dari cerita di atas ?
1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa ALLAH akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
3. Tiada yang mustahil bagi ALLAH
4. Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan kearah kebaikan…

Sunday, November 28, 2010

lets kawteam with coffee...


secawan kopi hitam

Kopi adalah minuman  popular diolah dari biji dan dipanggang

, biasa disebut biji kopi, tanaman kopi. Mereka adalah biji dari buah kopi yang tumbuh di pohon di lebih daripada 70 negara, ditanam terutama di Amerika Latin, Asia Tenggara, dan Afrika. Green kopi merupakan salah satu komoditi pertanian yang paling tersenarai di dunia. Kerana kadar kafein nya, kopi sering mempunyai kesan merangsang pada manusia. Saat ini, kopi merupakan salah satu minuman yang paling popular di seluruh dunia, manakala kedua untuk teh.
Kopi telah memainkan peranan penting dalam banyak masyarakat sepanjang sejarah. Pengaruh tenaga dari tanaman biji kopi dianggarkan telah dijumpai di kawasan-kawasan timur laut Habsyah, dan penanaman kopi telah diperluas di dunia Arab. Bukti kredibel awal minum kopi muncul di tengah 15 abad, di biara-biara Sufi Yaman di Arabia selatan. Dari dunia Muslim,. kopi menyebar ke Itali, lalu ke seluruh Eropah, ke Indonesia, dan ke Amerika Syarikat. Di Afrika Timur dan Yaman, ia digunakan dalam upacara keagamaan. Akibatnya, Gereja Habsyah dilarang pengambilan kopi, larangan berlaku sampai masa pemerintahan Maharaja Menelik II dari Ethiopia. Ia dilarang di Turki Uthmaniyyah pada abad ke-17 kerana alasan politik dan ia ada kaitan dengan pemberontakan kegiatan politik di Eropah.
Berry Kopi, yang mengandungi biji kopi, atau "kacang", yang dihasilkan oleh beberapa jenis semak cemara kecil dari genus Coffee. Kopi yang sering ditanam adalah arabica Coffee dan  'robusta' dari Coffea canephora yang lebih keras. Setelah matang, buah kopi dipetik, diproses, dan dikeringkan. Benih tersebut kemudian dibakar untuk pelbagai darjah, bergantung pada rasa yang dikehendaki. Mereka kemudian ditumbuk dan diadun untuk membuat kopi. Kopi dapat disusun dan disajikan dalam pelbagai cara.
Sebuah komoditi eksport yang penting, kopi adalah eksport pertanian utama bagi dua belas negara pada tahun 2004,  dan ia ketujuh terbesar eksport pertanian di dunia undang-undang dengan nilai pada tahun 2005. Kontroversi Beberapa dikaitkan dengan penanaman kopi dan kesannya terhadap persekitaran. Banyak kajian telah meneliti hubungan antara pengambilan kopi dan keadaan perubatan tertentu, apakah kesan keseluruhan kopi yang akhirnya positif atau negatif telah banyak diperdebatkan. Kaedah kopi telah dijumpai untuk menjadi bahan penting untuk kesan kesihatan.

Saturday, November 27, 2010

jom kawteam!!

'kawteam' adakah perkataan ini terdapat dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka?? ha ha ha rasa2nya tak ada kot... j4ns sendiri pun tak penah kelebek kamus tuh, apalagi nak membacanya... ops! kantoi... um, lagipun perkataan nih kan ada gabungan ngn bahasa inggeris iaitu 'team'. lagipun nih adalah bahasa pasar. perkatan 'kaw' kat dpan tu tak pasti la. bak kata loghat utaqha ' tak tau la mai kot celah mana'. lagipun j4ns memang orang utara. ceh pembaca tak tanya pun... pulun ja. ok dah2 sndiri2 pun mau gado ka. um,  bagaimana ia bermula hah. oklah, begini, apa yang j4ns faham dan semua pembaca umumnya sedia maklum 'kawteam' memberi gambaran atau maksud bertolak ansur dalam sesuatu perkara, situasi atau sesuatu masalah. disebabkan keblakangan ini j4ns selalu terjerumus dalam situasi yang memerlukan sesuatu deal itu brjalan lancar, jadi kedua2 pihak perlu bertolak ansur atau lebih tepat lagi 'kasi kawteam la'hahaha... dan ia berhasil!  so dari sini lah j4ns sedar betapa pentingnya kawteam dalam perjalan hidup seharian kita... kadang2 dalam hidup nih jika asyik nak ikut prinsip tetap ja rasanya boring dan bosan.  lagipun apasalahnya, kasi kawteam la ckit....zzz...

 
Powered by Blogger