Monday, November 29, 2010

Khasiat Tempe

 Hmm... alang2 keluar cerita pasal si penjual tempe, apa salahnya kita kawteam plak ngan khasiat2 yang ada pada si 'tempe' nih. Makanan ini dikatakan berkait rapat dengan makanan tradisi masyarakat Jawa. Oleh itu, bagi sesiapa yang berketurunan Jawa alangkah ruginya jika tidak tahu mengenai makanan istimewa ini. Tempe diperbuat dari adunan kacang soya yang diketahui khasiatnya yang pelbagai. Ia dibungkus dengan daun lebar seperti daun rambai dan ada juga dengan daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas surat khabar serta diikat dengan getah pembalut. Tempe boleh didapati di kebanyakan pasar dan kedai runcit tidak kira dalam bungkusan tradisinya mahupun hanya dibungkus dengan plastik sahaja. Apa yang saya ingin paparkan mengenai kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang...

Kisah si penjual Tempe

Tempe Salam perkongsian untuk semua pengungjung blog ini, semoga sihat walafiat berada di dalam lindunganNYA. Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe...

Sunday, November 28, 2010

lets kawteam with coffee...

secawan kopi hitam Kopi adalah minuman  popular diolah dari biji dan dipanggang , biasa disebut biji kopi, tanaman kopi. Mereka adalah biji dari buah kopi yang tumbuh di pohon di lebih daripada 70 negara, ditanam terutama di Amerika Latin, Asia Tenggara, dan Afrika. Green kopi merupakan salah satu komoditi pertanian yang paling tersenarai di dunia. Kerana kadar kafein nya, kopi sering mempunyai kesan merangsang pada manusia. Saat ini, kopi merupakan salah satu minuman yang paling popular di seluruh dunia, manakala kedua untuk teh. Kopi telah memainkan peranan penting dalam banyak masyarakat sepanjang sejarah. Pengaruh tenaga dari...

Saturday, November 27, 2010

jom kawteam!!

'kawteam' adakah perkataan ini terdapat dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka?? ha ha ha rasa2nya tak ada kot... j4ns sendiri pun tak penah kelebek kamus tuh, apalagi nak membacanya... ops! kantoi... um, lagipun perkataan nih kan ada gabungan ngn bahasa inggeris iaitu 'team'. lagipun nih adalah bahasa pasar. perkatan 'kaw' kat dpan tu tak pasti la. bak kata loghat utaqha ' tak tau la mai kot celah mana'. lagipun j4ns memang orang utara. ceh pembaca tak tanya pun... pulun ja. ok dah2 sndiri2 pun mau gado ka. um,  bagaimana ia bermula hah. oklah, begini, apa yang j4ns faham dan semua pembaca umumnya sedia maklum 'kawteam' memberi gambaran atau maksud bertolak ansur dalam sesuatu perkara, situasi atau sesuatu masalah. disebabkan keblakangan ini j4ns selalu terjerumus dalam situasi yang memerlukan...

Pages 212 »
 
Powered by Blogger